♥ Precious Smile ♥

Disclaimer

Assalamualaikum, ini blog untuk tuan tanah membebel. Tuan tanah seorang yang pemendam maka blog ini adalah tempatnya membebel. Kalau tak suka sila lawati blog lain. Sekian syukran ^,^

Tutorial Jahit Niqab Paling Mudah =)



7 Aug 2012 | 7:47 pm | 14 ♥

Alhamdulillah, banyak sahabat2 ana pm ana dekat fb tanya pasal niqab:face9:, ana tak pernah nampak lagi orang jual melainkan di internet. Selama ini ana hanya jahit sendiri. Ana nak kongsikan kepada sahabat2 cara untuk jahit NIQAB bukan PURDAH ye:119: InsyaAllah mudah dan praktikal:face64: Buat yang masih tak tahu apa itu niqab. Boleh tengok di bawah ye :face40:

Yang itu purdah ye. Yang itu nampak dahi.

Yang itulah niqab, tutup dahi yew dan inilah yang akan kita jahit. (thanks kak asha & abg pijen)

Gambar 1: Yang depan sekali tu benang, yang kedua tu skaf rambut (rujuk gambar 2), seterusnya gunting dan kain secukupnya.

Gambar 2: Inilah skaf tu, skaf ini yang selalunya di pakai oleh anak2 muda. Sesungguhnya skaf ini hanya sesuai untuk buat niqab sahaja ya sebabnya kalau di pakai sebagai anak tudung mungkin aurat anda akan kelihatan. Skaf ini boleh di dapati di supermarket. Ia berfungsi sebagai penutup dahi.

Gambar 3: Sila buka jahitan di skaf itu ya. Dan jahit di setiap hujungnya untuk kekemasan.

Gambar 4: Kain yang paling besar tu, panjang 38 cm dan lebarnya, kain itu perlu menutupi telinga anda. Kain yang kiri atas itu skaf(gambar 2). Dan yang kecil2 itu, panjangnya 12cm lebar 7cm (rujuk gambar 5)

Gambar 5: Kain yang kecil2 itu akan di sambung seperti ini pada skaf tadi.

Gambar 6: Kemudian cantumkan seperti ini!

Gambar 7: Hujung kain bolehlah di jahit seperti itu. Kalau penghujung tu nak bakar guna lilin pun boleh. Ana hanya hantar kedai dan minta dijahitkan seperti gambar 7.

Alhamdulillah itulah hasilnya!

Mudahkan:face44:! Maaf jika ada yang kurang. Ana jahit tak guna mesin ya sebab tu agak hehe:face43:. Kalau tak faham, ini boleh tengok video :65:making niqab :66: Kalau tak faham jugak pm ana ya di fb (ZLI) InsyaAllah ana bantu. Tutorial jahit purdah InsyaAllah coming soon!! Jangan lupa share kepada sahabat2 lain. Sharing is carrying:1::w: Selamat mencuba! Assalamualaykum:face64:


|


Copyright ©. Code thanks to OhMissLinda.Re-edited by NayliIdzwati. With little helped of CikGee