♥ Precious Smile ♥

Disclaimer

Assalamualaikum, ini blog untuk tuan tanah membebel. Tuan tanah seorang yang pemendam maka blog ini adalah tempatnya membebel. Kalau tak suka sila lawati blog lain. Sekian syukran ^,^

Laman Sesawang Untuk Terjemahan Al- Quran Dlm BM



23 Mar 2012 | 10:31 pm | 0 ♥
Bismillahirahmanirrahim~~~~ ana hanya nak kongsikan 1 laman sesawang yang mungkin juga sahabat-sahabat belum tahu lagi tentang kewujudannya. Try lah tekan link ini, terjemahannya juga mudah di fahami. Nak cari surah pun mudah saja. Okey itu sahaja yang ana ingin kongsikan, mungkin ia akan memudahkan kita bila nak cari dalil dengan cepat. 

Gambar sekadar hiasan

p/s : sharing is carring,, wa Allahu alam.. ochey Salam dakwah ^.^

Perjuangan Hudud!!



19 Mar 2012 | 9:17 pm | 0 ♥

Perjuangan Hudud,
Kita pejuang hudud,
Kita memperjuangkan batas kemanusiaan,
hudud itu batas,
hudud itu had,
musuh hudud adalah kaum yang melampaui batas,
mereka melakukan kerosakan atas muka bumi,
bila bercakap m
ereka mencarut,
bila makan, minum mereka membazir,
bila berikhtilat mereka berzina,
bila marah mereka mengamuk,
bila menuduh mereka fitnah,
bila berbahas mereka mengejek menghina,
bila bertindak mereka melulu dan melampau,
hudud itu syariah,
hudud itu kehormatan,
hudud itu maruah,
hudud itu keadilan,
hudud itu adab,
hudud itu akhlak,
hudud itu iman,
hudud itu batas-batas kesejahteraan,
batas aurat demi kesopanan keselamatan,
batas pergaulan demi kesucian keturunan,
batas percakapan demi ukhuwwah persaudaraan,


setiap suatu ada batasnya,
setiap suatu ada had nya,
mereka yang menceroboh perbatasan,
adalah golongan zalim,
mereka yang meruntuh batas,
demi kebebasan dan keterbukaan,
adalah mereka yang melampaui batas,
kita memperjuangkan batas agama,
kita pejuang hudud yang syumul,
jangan malu untuk jadi pejuang hudud,
kita golongan paling benar dan lurus..

Pengarang : Akhee Khairul Iqhmal


|


Copyright ©. Code thanks to OhMissLinda.Re-edited by NayliIdzwati. With little helped of CikGee