♥ Precious Smile ♥

Disclaimer

Assalamualaikum, ini blog untuk tuan tanah membebel. Tuan tanah seorang yang pemendam maka blog ini adalah tempatnya membebel. Kalau tak suka sila lawati blog lain. Sekian syukran ^,^

Etika Melayari Internet



15 Jul 2012 | 11:58 am | 0 ♥

MELAYARI WORLD WIDE WEB (WWW)

a. Browse atau carilah maklumat menerusi WWW yang berkaitan dengan tugas anda
sebagai penjawat awam.
b. Bertindaklah sebijak mungkin di dalam membuat carian (searching) dengan
mengkhususkan bahan atau perkara yang diingini;
c. Memilih enjin pencari yang sesuai agar carian itu dapat dilakukan dengan lebih
efisyen dan mendapat tindak balas yang lebih cepat;
d. Elakkan diri anda dari melawat laman-laman yang akan menjatuhkan maruah anda
dan imej jabatan;
e. Anda juga dilarang daripada melawat laman-laman yang memuatkan maklumat anti
kerajaan atau subversif yang bertentangan dengan undang-undang negara;
f. Amalkan membuat penanda (bookmark) pada laman yang berfaedah untuk rujukan
kemudian hari; dan
g. Cetaklah dokumen yang difikirkan akan digunakan untuk tujuan rujukan.


PROSES MEMINDAHKAN FAIL

a. Aktiviti pemindahan fail seharusnya dilakukan selepas waktu pejabat;
b. Pastikan anda mempunyai ruang storan yang mencukupi sebelum melakukan aktiviti
pemindahan itu;
c. Cakera keras (hard disk) memerlukan ruang storan sebesar 40 MB untuk
membolehkan sistem pengoperasian berjalan dengan lancar;
d. Kaedah memindah fail yang biasa ialah dengan menggunakan arahan File Transfer
Protocol (FTP), HyperText Transfer Protocol (HTTP) atau proses ‘downloading’
biasa;
e. Baca dan fahami akan tawaran atau syarat-syarat tersebut sebelum anda
memulakan aktiviti itu;
f. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk menyemak keperluan hakcipta dan
mematuhi segala peraturan mengenainya;
g. Segala bentuk perjanjian perkhidmatan dan urusniaga elektronik (kad kredit)
yang dilakukan adalah menjadi tanggungjawab pengguna sepenuhnya;
h. Jika anda akan melakukan urusniaga elektronik, pastikan pembekal memproses
permohonan itu dengan menggunakan pelayan selamat (secured server).

p/s: Do read :131:

Cara Mudah Mengelakkan Buang Masa Melayari Internet



11:52 am | 0 ♥
  • Bagi mereka yang celik IT dan punyai komputer riba yang boleh dibawa ke mana-mana tentu ada yang sedang menghadapi masalah ketagihan melayari internet sehingga membuang masa dan tidak dapat memberikan tumpuan pada kerja yang lebih produktif.
  • Tentu ramai yang menyedari perkara ini dan mahu menyelamatkan diri mereka tetapi tidak tahu bagaimana caranya.
  • Sebenarnya ada satu teknik mudah yang boleh anda lakukan bagi merawati masalah berlebihan menggunakan internet tanpa ada sebarang kos dan boleh menyihatkan tubuh badan anda.
  • Caranya amat mudah, anda hanya perlu tidur dengan secukupnya pada masanya. Tidur yang cukup terbukti mampu menjadikan anda amat produktif dan tidak membuang masa dan ini dibuktikan oleh kajian.
p/s: Harap dapat memanfaatkannya :face64:

1 Citizen Program ^_^



11:25 am | 0 ♥

Click on the logo above to go to the 1CITIZEN website

Program Objectives
To develop a sense of 'keNegaraan', collaboration, responsibility and ownership to the communities during their online digital experience
To 'infuse' positive messages among Youth
To encourage youth volunteerism and activism
To integrate a Malaysia-owned Globally Benchmarked and Standards for digital literacy Certification

p/s: This post is about 1 citizen.. Do read and support please!! :face75:


|


Copyright ©. Code thanks to OhMissLinda.Re-edited by NayliIdzwati. With little helped of CikGee