♥ Precious Smile ♥

Disclaimer

Assalamualaikum, ini blog untuk tuan tanah membebel. Tuan tanah seorang yang pemendam maka blog ini adalah tempatnya membebel. Kalau tak suka sila lawati blog lain. Sekian syukran ^,^

Haram Jaddah!!



1 Jan 2013 | 2:23 am | 1 ♥
Sambil menaip sambil, makan cokelat cekauan hat dijah punya. Haram jaddah sungoh! Besa dengaq kan? Feymes sangat2! Nak dengaq perkataan niw selalunya buleh ke... ke mana erkk?? Pikiaq sendiri la. Tau ka apa maksudnya? Haram tu selalu dengaq, tapi niw! Jaddah, kau tau apa maksudnya? Mai aku nak bukak ceqita niw!

Masa aku belajaq dekat SMA DMW 1 dulu, ada sorang ustaz niw. Selalu jugak sebut perkataan haram jaddah. "Ish! Ustaz nihh.. Asyik sebut perkataan pelik2 ja! Awat?", ehem! Aku agak rapat jugak dengan ustaz pasai ustaz ajaq arab ngeee :D(woi! laki orang woi). Maka ustaz pun bukak 1 cerita. Maka cerita ini riwayat Ustaz Najib lah(nama ja Najib tapi penyokong PAS tegar). 

Ceritanya begini. Perkataan haram jaddah berasal daripada insan2 yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Pendek cerita, pemandu bas yang nak tarik penumpang selalunya depa akan jerit nama destinasi yang akan dituju. Maka dari situ muncullah laungan Haram Jeddah! Pemandu tu asyik ulang ja, "Haram Jeddah, Haram Jeddah, Haram Jeddah, Haram Jeddah, Haram Jeddah, Haram Jaddah(bila sebut laju2 'e' bertukaq jadi 'a')!", maksudnya pemandu tu bawak bas daripada Tanah Haram ke Jeddah. Perkataan ini di dengari oleh insan2 yang berada di citu maka orang melayu yang dengaq pun dia balik malaysia perkataan Haram Jaddah masih terdengaq2 lagi di telinga mereka. Almaklum lah, orang arab sebutannya laju2 belaka tambah2 kuat pulak tu dan sebut banyak2 kali. Mesti la yang dengaq akan terbawak2. 

# Begitulah cerita Ustaz Najib, katanya dia hanya menyebut nama tempat. Sebab dia teringin nak ke sana. Bukankah kalamud dua'??#

Mengikut pembacaan aku daripada blog seekor ehh seorang ehh sebuah ultraman(maaf itu yang paling sesuai), katanya bila kita marahkan orang lain. Jangan la sebut perkataan yang buruk2 macam mana nak maju kalau duk sebut yang buruk2 niw?? Sebut lah yang kita suka selalu. Itu pun payah ka? Contoh bila marahkan anak, jangan la sebut 'bodoh punya budak' tapi sebutlah 'bijak punya budak'. Anda mampu mengubahnya.

p/s: Apa kena dengan aku niw? Tulis pasal niw? Tadak kije dah. Fb dah deactive. Itu pasal lepak2 dekat blog jer ^,~

Esuk Oh Esuk!



12:52 am | 1 ♥
Esuk aku nak KELUAQ! Apa nak jadi, jadilah. Aku nak keluaq jugakk! :P Dulu alasan SPM, kali niw tak beralasan pulak! Aku nak keluaq jugak! Yeye!!!! Hidup terkurung! Ok! Arahan dah diikut! Fb dah deactive. Esuk aku tetap nak keluaq. Ada program ka, tadak program ka! Ehhh.. Kalau tadak program, maka aku akan 'mengada2kan' program aku sendiri wey! Semoga plan esuk berjalan dengan lancar. Nak singgah rumah ayah halim jap. Lepas tu, aku nak lepak2 masjid dekat citu! Rasanya masjid tu bukak kut pagi2. Wahhh! Poket kosong lak niw. Ouch! hp ada! Boleh p gadai~ Piwwit good idea boleh datang lah time2 mood tensyen niw :P. Hermmm.. Esuk aku nak suruh dijah lepak dengan aku. Aku nak cekau duit dia. Dah lama aku tak cekau duit dia :D**jahatnya kawan**. Alamak!! Esuk ada ka rabbit?? Aduii!!! Mesti depa cuti jugak. Adui guane niw?? Uhukkk!!! -,-' Apa susah! Kau jalan ja! Pi semejid matang pasiaq pun takpa! Asalkan bebas sebentaq daripada family :P Esuk mesti takdak sapa dekat semejid pasai tuk imam jugak cuti taun baru jugak kot! Aku deactive sat ja! Lepas niw aku bukak balik. Gila kapaka deactive teruihhh?? Ish2! Habis la bisnes aku lingkup! Tak pa. Yang nak beli by hand lebih ramai daripada beli on9 :P Sekarang aku tengah dengaq lagu opik, tajuknya rapuh! Aku saja bukak! Pasai sekarang jiwa aku tengah nak memberontak! Ikut hati aku nak keluaq la niw jugak, tengah2 malam niw jugak! Tapi pasai dengaq lagu niw, perasaan pelik2 niw kurang sikit! Kot2 la dengaq lagu niw buleh buat aku patah hati untuk keluaq esuk?? Kah2..!...!..

Kecewa teramat hari niw. Aku malas nak hurai panjang lebaq pasai kekeciwaan aku! Yang aku tau, time niw takdak sapa sudi paham aku! Sama saja! Sapa pun! Tak paham perasaan aku sekarang. Termasuklah orang yang baru baca entry niw yang tak tahu asal usul :P Kuang3! Melainkan Allah.. Alhamdulillah Dia ada untuk aku. Nak harap manusia niw susah! Bestnya! Semua orang boleh keluaq. Aku? Terkurung di sini. Malah fb pun di suruh tutup. Berat nanang sunggoh! Ehh2 niqabi kena jaga bahasa wey! Tadikan aku tunggu mesej someone dekat fb, amboihhh berminit2 jugak aku tunggu dia reply. Almaklumlah orang kuat dan bizi :P lepas tu, aku mula tensyen. Kalau ya pun reply jelah :P Buat orang tertunggu2... Ehhh berapa kali mau taip maa?? Dia tu orang kuat, bz pulak tu hari niw. Sebab tu tak reply. Apalah kau niw! Nak orang paham kau tapi kau tak reti2 nak paham orang.. Ish.. Ish.. zakirah oh zakirah! Tapikan, yang peliknya. Time tu, memang lama sunggoh aku tunggu. Lepas tu aku teringat kaedah hantaq telepati. Maka aku pun hantaq telepati dekat orang tu. Seingat aku nak buat telepati niw, otak kena kosong, dan kita kena ingat muka orang yang nak kita send telepati doket dio.**kau paham ke apa aku taip niw?? tapaham sudah**. Aku saja menghadap kiblat dan tutup mata. Bayang muka manusia tu, dan kata "wahai manusia, kau reply lah mesej aku dekat fb cepat". Bila aku bukak mata, lepas 2 minit. Alhamdulillah dia baru reply :D ngeeee.. 1st time telepati berjaya**macam perasan lebih aku niw**. Itulah ceritanya. Lepas tu aku tekan deactive semua fb aku. Nyett.. Nyett.. Nyettt... Aku nak membebel lagi weyhh!!

Aku tengah tunggu mak ayah aku tidoq lepas tu baru aku nak turun bawoh! :P Macam kurang hajaq ja aku niw. Tapi mak ayah tak nampak kut pengorbanan aku selama niw, ieyalahh.. Malaikat2 tu asyik hasut mak ayah ja. Mana nak nampak aku dah. Takpalah. Hari niw ja aku tak mintak maaf dekat mak ayah. Esuk aku mintak maaf la. Adakah esuk masih ada?? Uhukkk... Tapi aku niw ego tinggi ok! Kalau aku turun kejap lagi mesti ayah jerekah aku macam tadi. Yang abang aku pulak jadi penonton dan menjadi penggelak tanpa bayaran.. Kah2..!...!.. Aduiii.. 1st time ayah marah macam tu dekat aku. Uhukk Takut!!! Aku hanya ajak turun gi OSeM ja. Dan aku dah habaq 2 minggu lepas kot. Kemarin pun aku kata, pasai niw. Dan ayah kata kalau hujan kita tak akan pi. Tadi hujan sikit ja. Tak lebat pun. Hujan pun dah berhenti. Itu pasal aku ajak. Tak pasal2 ayah tengking aku centu. 1 aku terasa sangat2 sebabnya mak dah pesan kalau nak pi program mana2 habaq awai2. Jangan esuk nak pi baru bagitau ayah. Lagi 1, aku malu bila abang aku gelakkan aku tadi. Hurmmm... Takpalah! Gelaklah! Sampai kau puas hati. Kejap lagi, pembaca setia blog niw ada yang pi repot dekat abang aku. Pasai aku tulis pasai niw. Belah la weyy! Tak malu ka duk jadi spy dan duk amek tau urusan orang! Ok! Fine! Lepas niw, aku nak turun program dakwah tanpa family! Elleh selama niw selalu ka pi dengan family?? Kah2..!...!.. Lepas niw serik dah! Aku takkan ajak dah family aku! HKR aku nak turun sendiri. Apa nak jadi, terjadilah! Aku nak pi sendiri. Guna duit aku!**kau ada duit ka?**.Aduiii. Hidung tersumbat tak habis2 lagi wey pasai nangis tadi**sekarang pun nangis lagi**. :P Bessa tu! Bila streesssss niw aku nangis ja. Alahai! Awat la, ayah tak tidoq lagi niw.. Eh! Lupa lak! Esuk tak kije sebab tu ayah tidoq lambat. Adui lapaqnya!!! Dijah sori beb! Aku terpaksa cekau cokelat yang kak ros bagi dari klang tu. Pasai aku dah nak tahap gastrik niw. Ieya! Ego aku tetap tinggi! :P

Esuk nak buat latihan menembak lah dekat sawah padi. Yeahhh! Cantikkk!!!! Eh! Padi tengah hijau ka sekarang?? Apalah! Belakang rumah ada sawah pun tapenah amek tau :P Eh'eh! Mata dah berat la, pasai nangis kot tapi bila nangis ja mesti aku sakit kepala.. Alahai~ Kesan streesss kot :P Nak bukak bungkusan cokelat. Lagi sekali, maaf dijah :D Tapi aku rasa. Mak ayah dah tidoq kot. Sunyi ja, tapi tv duk dengaq soqa lagi. Mungkin tu tv kedai sebelah. Betui2. Aku nak turun makan lah! Eh! Ada lagi ka makanan untuk anak kurang hajaq macam aku niw?? Huhu.. Aku malu... Tapi aku just ajak pi OSeM ja.. Bukan cakap kurang hajaq pon. Seyes. Tiba2 ja, ayah tengking aku macam tu.. Sapa patut mintak maaf niw?? Mungkin aku kot! Sebab dah anak, kena buat cara anak! Bodoh la kau zakirah. Dengan orang tua pun nak ego ka?? Jangan hidup betuhankan nafsu weyhhh!!! Mungkin cara aku salah, sebab tak bawak bincang. Masuk bilik terus nangis. Eh! Time ayah tengking tadi pun aku dah nangis :P Tak matang betui. Aku pilih untuk berkurung dalam bilik ja. Sebabnya aku takut nanti aku tersalah cakap lak bila berbincang dan aku tak nak ayah tengking aku macam tu. Aku tak nak tambah tensyen dekat otak aku niw. Dan aku menyampah tengok manusia tu gelakkan aku. Dan aku tak jangka benda niw akan berlaku. 

Masa hari tu, lepas habis ja spm, 7/12 aku pi HKR Kedah. Sampai rumah pukul 3 pagi normal la kalau mak ayah marah. Pi pulak dengan ayah halim. Lepas tu, 8/12 lak aku pi kuliah UAI tu. Balik pukul 1 lebih! Maka, kena lagi! Lepas tu pulak aku pi HKR Penang tu. Balik 2 lebih macam tu. Lepas tu mak aku kurung aku! Tak kasi keluaq mana2. Aku just pi jadi fesi dekat 1 kem tu ja. Lepas tu mak mai tanya, macam2 dekat aku. Aku pun bagitau yang aku impikan keluarga yang nak sekali ikut aku turun ke program2 dakwah. Walaupun ibadat aku tak tara mana tapi aku suka pi program2 dakwah.**riak sat** Aku suka suasana tu. Sebab family aku taknak turun sekali, aku jadi jeles dengan dijah. Banyak dia pi program2 dengan family. Aku nak macam tu dan aku bagitau dekat mak. Lepas tu aku bagitau yang aku akan ada KING 2 dengan street dakwah, OSeM, HKR kl. HKR kl tu last program aku! Mak kata bagitau awai2 dekat ayah kalau nak pi mana2. Nanti buleh ajak ayah sekali kita pi 1 family. Dan aku ambek tindakan memberi tahu 2 minggu sebelumnya... **ini pasal OSeM**. Aku habaq dekat mak yang aku ada buat khat untuk logo OSeM tu. Semua orang macam tak mau caya ja, tadi nak pi pejabat post nampak banner OSeM, aku tunjuk dekat mak... Lepas tu.. Ahhh! Malas la nak hurai. Aku kata dekat mak, "Malam niw, kita pi tau makkk. Kirah nak tengok logo tu. Sebab kirah yang buat. Kita pi tau". Mak tak kasi reaksi yang baik tapi nada mak macam bagi harapan. Maka aku pun syok la sampai update status bagai. Tapi tak sangka ayah akan tengking aku macam tu.. Takutnya kalau ayah tengking macam tu lagi sekali. Maka lepas niw, aku nak jadi anak yang baik. Tak mau la ajak ayah pi mana2 program dan aku pun dah tak mau turun mana2 program lagi, HKR tu last. Lepas niw nak jadi anak yang solehah :D ngeee ..

With dijah. Peace R <3
Panjangnya aku membebel. Sebenaqnya aku bukan nak keluaq tapi nak lari! :P Wahhhhh!! Takkan ada orang yang akan baca punya apa yang aku tulis niw berjela2 niw :3! Aku yakin >,<.. Dah ngadu dah dekat Yang Mendengar tapi tetap tak tenang, kalau tak aku nak hempas ja semua barang yang ada dalam bilik. Tapi aku tingat, aku niw pemalas nak mengemas. Maka aku cari balik blog niw. Dah baca blog orang tu beradap la sikit wey, takyah lah pi heboh2. Kalau pi heboh2, aku tak redha! Pelik, selalunya aku mengadu mesti tenang dah weyhh! Pasal tak tenang la aku cari blog niw. Ehem! Bukan selalu :3. Sekian Syukran. Assalamualaykum.. 

**Ditulis oleh insan yang sedang tensyen**

p/s: Segala cerita ini, adalah rancangan Allah! Maka jangan dibawak keluaq daripada sini! Kalau bawak keluaq jugak cerita niw dari sini. Maka saya tak redha!


|


Copyright ©. Code thanks to OhMissLinda.Re-edited by NayliIdzwati. With little helped of CikGee