♥ Precious Smile ♥

Disclaimer

Assalamualaikum, ini blog untuk tuan tanah membebel. Tuan tanah seorang yang pemendam maka blog ini adalah tempatnya membebel. Kalau tak suka sila lawati blog lain. Sekian syukran ^,^

Musuh Dan Etika Berdakwah Di FB



9 Nov 2012 | 6:57 pm | 2 ♥
Cuma sedikit renungan dan perkongsian buat semua di petang jumaat ini. Sedikit kisah yang ingin ana kongsikan. Kisah benar! Boleh baca semua di bawah ini untuk tahu kisah selanjutnya. Mohon jadikanlah apa yang ana katakan ini sebagai pedoman, yang buruk2 tu tinggal2kanlah~


Bila buat status islamik, awok cakap
="status dekat fb punya banyak islamik tapi tak amalkan pun tulah ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah"=

Bila kawan dengan niqabis, awok cakap
="awok budak sekolah biasa jangan kawan dengan niqabis, nanti awok akan cacatkan niqabis dengan perangai masa lalu awok tu"=

Bila pakai cardigan longgar besar+pashmina labuh sebab nak berfesyen, awok cakap
="baju awok tu ketat la, tak guna kalau selendang tu labuh tapi baju ketat"=

Bila pakai stoking berwarna coklat,awok cakap
="awok tak tahu aurat ka?'=

Bila upload gambar nutup aurat, awok cakap
="wah! status banyak yang islamik tapi awok kuat posing la"(siap bawak geng untuk hentam kawan, then buat serangan hendap supaya seluruh dunia boleh baca teguran sinis tu)=

Bila dah berniqab, awok cakap
="budak sekolah biasa berniqab? hermm berniqab biarlah bernilai solehah"=

Bila pakai celak, awok cakap
="bercelak sama seperti bertabarruj"=

Bila kuat berpolitik, awok cakap
="sebagai umat Islam, kenapa awok nak tengok sesama sendiri berpecah belah?"=

Bila berniqab+pakai wedges, awok cakap
="kenapa berpakaian sebegitu? awok dah jatuhkan martabat niqabis yang tak berpakaian seperti awok"=

Bila ke kuliah UAI, awok cakap
="UAI ja? herm UAI, patutlah mulut awok macam @#$$% cuba awok ke kuliah ustaz2 lain"=

Ieya! Itulah kata2 seorang musuh yang wujud dalam friend lists ana(itu hanya 15% ja banyak lagi sebenarnya). Perkara niw bermula bila ana dah ada fb. Dulu kami hanya kenal2 macam tu ja. Bila jumpak kadang senyum kadang tak. Tapi tak sangka, dia sanggup jatuhkan air muka ana di fb. Dan bawak semua2 tu ke alam realiti sampai ke pengetahuan ibu ana sendiri dan kenalan2 lama. Sedih sangat. Dia selalu rendahkan status budak sekolah biasa. Ana pernah 2 tahun sekolah agama. Tapi secara rawaknya hanya 30% sahaja yang istiqomah yang selebihnya hanya menjadi beban buat pihak sekolah sahaja!

Sedih sangat2. Setiap apa yang ana buat menjadi perhatiannya, sehinggakan warna stoking sekalipun menjadi buah mulutnya. Almaklumlah ana selalu pakai stoking hitam, satu hari tu ana keluar jalan2 pakai stoking coklat. Lalu bila malam tu, dia pm ana dan berkata seperti dialong di atas. Samalah semuanya begitu. Setiap salah ana, nama niqabi di bawak2 sekarang niw! Yang salah ana bukan niqab! Namun sedarkah, caranya hanya akan menjatuhkan status budak sekolah agama dengan memerhatikan gerak-geri seseorang sehingga terlupa akan dirinya sendiri?(amboi macam nak mengumpat pulak, plizz pandang sudut positif)

Ana memang pemalas nak usyar wall orang, tapi tak sangka dia sudi la tengok2 wall ana setiap hari. Sampaikan semua komen2 ana dibacanya. Menyampah jugak dengan manusia macam niw. Tapi  bersyukur la ada jugak yang sudi tengok2 wall ana tu. Masa tak berniqab dia, jarang tegur2 ana macam niw. Tapi bila dah berniqab, perhhhh! Dari tahap kawan biasa jadi musuh! Macam tulah ana mampu katakan. Tapi salah ana jugak sebab letak dp berniqab -.-'

Kawan2 cakap dia memang kuat jeles, tak buleh tengok orang solehah sikit dari dia(elleh! macam la aku solehah sangat). Dan kata2 kawan2 ana dibuktikan dengan, akhirnya dia block ana!!! Kalau ana yang salah mesti ana akan block dia, tapi tak sangka dia pulak yang block!(Allah! macam la aku betul sangat) Tapi dia block pun tak guna jugak! Dia ada banyak fb, dan dalam pemerhatian ana ada 3 fb dia dalam friend lists ana. Terkejut jugak! Tapi 1 hari tu, terbukti yang dia hanya komen sorang2. Dan dia selalu bawak fake akaun tu untuk hentam ana dekat wall! >,<

Begitukah cara kamu berdakwah? Kita selalu nampak status "saya cemburu bila dia lebih solehah dari saya". Pernah bacakan status tu? Mungkin dia nak realisasikan status tu dengan melihat semua yang lebih darinya adalah salah! Allah.. Bukan ana saja yang kena niqabis banyak dah block dia. Sebab etika dakwahnya salah! Caranya hanya memaksa! Bila dipaksa, mesti perbuatan yang dituruti itu tak ikhlas. Betul tak?

Ana cuba berukhuwwah dengannya, tapi dah dia block. Macam mana nak berukhuwwah. Dia sendiri yang block. Tapi salah ana jugak tak mintak nomber dia awal2! Aduii!(melepas la aku nak berkawan dengan orang yang berilmu seperti dia) Huhu~

Ok! Stop pasal si musuh tu! Now nak kongsi sikit, etika berdakwah di fesbuk:

1. Selalu buat status dakwah walaupun hanya copy paste sebab ia dikira Allah :)
"Walaupun kita tak sempurna namun bila berusaha untuk ke arah sempurna, disebabkan usaha itu   membuatkan kita sempurna. Kalau nak tunggu sempurna sampai kiamat pun kita takkan sempurna kerana hanya Rasulullah SAW sahaja yang sempurna."
~Khadijah Nadhira, my twin~

2. Buat pekak dengan mulut2 jahat+busuk yang dok mengutuk kita. Yang dapat pahala kita :)

3. Amalkan juga apa yang kita update kan tu ye! Sikit pun takpe. Sikit2 lama2 jadi bukit ^.^
"Lebih baik berdiam diri daripada kita update status namun tak amalkan apa yang di update"
~Abg long/Epit Kakashi, pemboikot tegar UMNGOK~

4. Bila berbeza pendapat(PENTING NIW)
~Pernah berlaku, sekiranya kedua2 pendapat masih berlandaskan syariat. Tak seharusnya ada perasaan nak menang dalam perbezaan pendapat itu. Walaupun cara pihak lain macam  nak tunjuk yang dia paling betul namun biarkan dia sebegitu. Dan jangan kita berkelakuan seperti dia. Sebaiknya, berikan pendapat secara lemah lembut  dan rendah diri ^,~

5. Jika nampak seseorang buat salah
~Sebaiknya jangan dinasihat dia di tempat yang umum. Sampai boleh jatuhkan air mukanya. Jangan! Sebaiknya pm dia atau nasihat di tempat yang tertutup atau secara ftf, dan susunlah ayat yang beradap, sopan serta lembut! Ingat! Dakwah itu mengajak bukan memaksa! Bila cara kita salah, dan bila dia ikut nasihat kita pasti niatnya tidak ikhlas. Atau mungkin dia akan ikut nasihat kita sebab tak nak ditegur lagi. Dan (fikir2 sendirilah deh)
"Nasihatilah diriku dikala aku sendirian, janganlah kau menasihatiku ditengah keramaian kerana nasihat di hadapan umum adalah sebahagian dari penghinaan yang tidak suka aku mendengarnya. Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku, maka engkau jangan menyesal jika aku enggan menurutimu.'
~abejieng, pemboikot tegar UMNGOK~

6. Niat kita harus betul! Jangan kerana nak cari populariti dan mencari 'LIKE'
"Tinggalkanlah fb, twittwer atau sewaktu dengannya jika kamu tidak menggunakannya sebagai jalan dakwah"
~Ustzah Saliza, Orang Kuat Ikram Teens Penang~

7. Pastikan kita bersedia untuk tanggung risiko daripada apa yang kita update!
"Berani buat berani tanggung"
~Syaza Mawaddah, my friend and my niqabi~

8. Sebelum copy paste atau share, maklumkan terlebih dahulu. Nak elak pergaduhan >.<

9. Kurangkan berhubung dengan ajnabi atau insan yang bisa kita nikahi. Hanya urusan penting je tau! Susah kan? Sikit2 lama2 jadi bukti ^.^

10. Banyakkan bertanya atau berkongsi sesuatu yang bermaklumat dan manfaat kepada warga dunia walaupun sedikit.
"Biar dikata bodoh kerana bertanya sesuatu yang kita tak tahu, jangan dikata bodoh kerana malu bertanya"
~Ustz Fauzan Othman, ustaz muka buku~

11. Sekiranya wujud musuh2 di fb anda.
~Boleh delete komen2 encik musuh untuk tidak menjatuhkan air muka kita. Terima pendapat encik musuh dengan hati terbuka dan pandang dari sudut positif.
"Mungkin juga ia merupakan teguran dari Allah untuk kita, lalu Allah detikkan teguran itu di hati dia =]"
~Mujahadah Istiqomah, pelajar FB(food biotec) USIM~

12. Jangan block encik MUSUH
~Selagi mana kita block dia, selagi itulah kita akan perasan diri kita niw paling betul. Mungkin kata2nya terbukti kebenaran. Sebaiknya, berukhuwwahlah dengan dia sekiranya encik musuh sejantina dengan anda. Jika tidak, maka memadai kita ucapkan terima kasih kepadanya.
"Musuh ibarat cctv yang memerhati setiap gerak-geri kita, dialah yang akan memaparkan kesalahan kita ^_^"
~Zinirah Hanan Shamsudin, fesbuker~

13. Bila orang dah tag ilmu dekat kita. Ucapkanlah terima kasih sebagai penghargaan.

14. Jika terasa nak upload gambar 
~Nilai dahulu dari segi aspek tujuan upload, adakah gambar boleh membawa fitnah, adakah gambaq boleh jatuhkan air muka seseorang, adakah gambar menutup aurat, adakah gambar berlandaskan syariat dan sebagainya.
"kalau boleh x perlulah
  • upload gmba2 dgn sesiapa sahabat yg
  • pakai niqab sekalipun
  • mnutup aurat sekalipun
  • sbb nti timbul perasaan ingin tahu
  • kaum adam bagaimna wajah anda
  • dan disitu akn mula timbul fitnah
  • maka berhati2lah
  • dan berpada2lah
wallahualam"
~Along/Mohd Khuzairy,Presiden K.A.M.U.(Kami Anak Muda Menentang Umno)~

15. Sebelum on9 dan post sesuatu baca BISMILLAH dan sudahi dengan ALHAMDULILLAH =)

Itu sahaja yang boleh ana kongsikan, ambil yang baik yang buruk tinggalkanlah di blog ini. Mohon maaf jika mengguris hati mana2 pihak. Tak puas hati boleh pm ana ye. Mohon beri tunjuk ajar kalau silap.



"Aku bukanlah seorang yang berilmu tinggi,
aku juga bukan seorang hafizah
yang selalu keluarkan dalil-dalil,
dalam setiap hujahnya,
walaupun jahil sekurang-kurangnya,
apa yang aku nyatakan,
adalah daripada hati aku,
serta masih berlandaskan syariat,
bukan sekadar COPY PASTE."
~Zack Love Islam, insan jahil agama~

p/s: Ingat ye semua! Encik2 musuh itu sebenarnya cemburu dengan kita adakalanya! Hehehehe~Husnu dzon ye ^.~ kalau nak copy paste etika dakwah niw boleh pm ana dekat fb ye ^,^ Salam dakwah <3

Eh! Dia Panggil Ana Ustazah la!



1 Nov 2012 | 7:28 pm | 1 ♥
Nak cerita sikit, baru2 niw ada keluar ke kedai. Bila sampai ja dekat kedai ada 2 orang budak datang peluk ana dari belakang.

Ana: Pak cik kira niw, berapa?

Budak2: Ustazah!!(sambil peluk ana dari belakang)

Ana: Ya Allah!(terkejut tersangat2, then ana pun kalih tengok bebudak tu) Huuuu.. Alhamdulillah.(nasib baik budak2 perempuan, dalam lingkungan darjah 3 macam tu)

Budak A:  Eh! Macam orang len ja.

Budak B: Sapa lagi yang macam ninja dekat sini?

Ana: Kenapa niw ?(sambil tersenyum, tapi pak cik dekat kedai tu dah ketawa terbahak2 tapi tak dakla sampai terkeluar kahak :P)

Budak A: Ustazahhhhhhh..(panjang ja sebutan h nye tu)

Ana: Kenapa niw? Habaq mai lekaihh..

Budak A: Hangpa cakap la.(sambil tengok budak B)

Budak B: Ustazahhhhh, kami nak pinjam jubah hitam ustazah buleh dak?

Ana: Nak buat apa?

Budak A: Kami nak masuk nasyid la..

Ana: Jubah ustazah semua besaq2 la(acece mengaku ustazah pulak ;)

Budak B: Alah! Takkan jubah lama2 masa ustazah kecik2 tu pun tak dak!(sambil buat mulut muncung)

Ana: Takdak la sayang. Nah! Amek ghepek nih, lepaih tu balek ghumah tau. Jangan mein jeuh2 nahh!~



Lepas tu, terus depa amek ghepek tu. Sambil berlari2 keluar kedai. Tak sangka, ada yang sudi panggil ana ustazah. Rasa lawak sangat tapi dah dia nak tersilap orang nak buat lagu mana kan? Tapi, sapa lah agaknya ustazah yang di maksudkan tu? Ana niqabi baru ja dekat kampung tu. Hermm.. Wa Allahu alam.

Bila di kenang2kan balik, beruntung la budak2 niw. Kecik2 dah pakai tudung siap mintak nak pakai jubah lagi. Kalau nak ikutkan zaman purbakala ana tak sebaik mereka. Walaupun mak didik dengan pakaian seperti itu namun ana seorang yang degil. Cemburu tengok budak2 tu. Zaman depa tak macam zaman ana. Sampai di sini saja. Salam dakwah. Dan Assalamualaykum ^.~


|


Copyright ©. Code thanks to OhMissLinda.Re-edited by NayliIdzwati. With little helped of CikGee