♥ Precious Smile ♥

Disclaimer

Assalamualaikum, ini blog untuk tuan tanah membebel. Tuan tanah seorang yang pemendam maka blog ini adalah tempatnya membebel. Kalau tak suka sila lawati blog lain. Sekian syukran ^,^

Eh! Dia Panggil Ana Ustazah la!



1 Nov 2012 | 7:28 pm | 1 ♥
Nak cerita sikit, baru2 niw ada keluar ke kedai. Bila sampai ja dekat kedai ada 2 orang budak datang peluk ana dari belakang.

Ana: Pak cik kira niw, berapa?

Budak2: Ustazah!!(sambil peluk ana dari belakang)

Ana: Ya Allah!(terkejut tersangat2, then ana pun kalih tengok bebudak tu) Huuuu.. Alhamdulillah.(nasib baik budak2 perempuan, dalam lingkungan darjah 3 macam tu)

Budak A:  Eh! Macam orang len ja.

Budak B: Sapa lagi yang macam ninja dekat sini?

Ana: Kenapa niw ?(sambil tersenyum, tapi pak cik dekat kedai tu dah ketawa terbahak2 tapi tak dakla sampai terkeluar kahak :P)

Budak A: Ustazahhhhhhh..(panjang ja sebutan h nye tu)

Ana: Kenapa niw? Habaq mai lekaihh..

Budak A: Hangpa cakap la.(sambil tengok budak B)

Budak B: Ustazahhhhh, kami nak pinjam jubah hitam ustazah buleh dak?

Ana: Nak buat apa?

Budak A: Kami nak masuk nasyid la..

Ana: Jubah ustazah semua besaq2 la(acece mengaku ustazah pulak ;)

Budak B: Alah! Takkan jubah lama2 masa ustazah kecik2 tu pun tak dak!(sambil buat mulut muncung)

Ana: Takdak la sayang. Nah! Amek ghepek nih, lepaih tu balek ghumah tau. Jangan mein jeuh2 nahh!~



Lepas tu, terus depa amek ghepek tu. Sambil berlari2 keluar kedai. Tak sangka, ada yang sudi panggil ana ustazah. Rasa lawak sangat tapi dah dia nak tersilap orang nak buat lagu mana kan? Tapi, sapa lah agaknya ustazah yang di maksudkan tu? Ana niqabi baru ja dekat kampung tu. Hermm.. Wa Allahu alam.

Bila di kenang2kan balik, beruntung la budak2 niw. Kecik2 dah pakai tudung siap mintak nak pakai jubah lagi. Kalau nak ikutkan zaman purbakala ana tak sebaik mereka. Walaupun mak didik dengan pakaian seperti itu namun ana seorang yang degil. Cemburu tengok budak2 tu. Zaman depa tak macam zaman ana. Sampai di sini saja. Salam dakwah. Dan Assalamualaykum ^.~


|


Copyright ©. Code thanks to OhMissLinda.Re-edited by NayliIdzwati. With little helped of CikGee