♥ Precious Smile ♥

Disclaimer

Assalamualaikum, ini blog untuk tuan tanah membebel. Tuan tanah seorang yang pemendam maka blog ini adalah tempatnya membebel. Kalau tak suka sila lawati blog lain. Sekian syukran ^,^

Haram Jaddah!!



1 Jan 2013 | 2:23 am | 1 ♥
Sambil menaip sambil, makan cokelat cekauan hat dijah punya. Haram jaddah sungoh! Besa dengaq kan? Feymes sangat2! Nak dengaq perkataan niw selalunya buleh ke... ke mana erkk?? Pikiaq sendiri la. Tau ka apa maksudnya? Haram tu selalu dengaq, tapi niw! Jaddah, kau tau apa maksudnya? Mai aku nak bukak ceqita niw!

Masa aku belajaq dekat SMA DMW 1 dulu, ada sorang ustaz niw. Selalu jugak sebut perkataan haram jaddah. "Ish! Ustaz nihh.. Asyik sebut perkataan pelik2 ja! Awat?", ehem! Aku agak rapat jugak dengan ustaz pasai ustaz ajaq arab ngeee :D(woi! laki orang woi). Maka ustaz pun bukak 1 cerita. Maka cerita ini riwayat Ustaz Najib lah(nama ja Najib tapi penyokong PAS tegar). 

Ceritanya begini. Perkataan haram jaddah berasal daripada insan2 yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Pendek cerita, pemandu bas yang nak tarik penumpang selalunya depa akan jerit nama destinasi yang akan dituju. Maka dari situ muncullah laungan Haram Jeddah! Pemandu tu asyik ulang ja, "Haram Jeddah, Haram Jeddah, Haram Jeddah, Haram Jeddah, Haram Jeddah, Haram Jaddah(bila sebut laju2 'e' bertukaq jadi 'a')!", maksudnya pemandu tu bawak bas daripada Tanah Haram ke Jeddah. Perkataan ini di dengari oleh insan2 yang berada di citu maka orang melayu yang dengaq pun dia balik malaysia perkataan Haram Jaddah masih terdengaq2 lagi di telinga mereka. Almaklum lah, orang arab sebutannya laju2 belaka tambah2 kuat pulak tu dan sebut banyak2 kali. Mesti la yang dengaq akan terbawak2. 

# Begitulah cerita Ustaz Najib, katanya dia hanya menyebut nama tempat. Sebab dia teringin nak ke sana. Bukankah kalamud dua'??#

Mengikut pembacaan aku daripada blog seekor ehh seorang ehh sebuah ultraman(maaf itu yang paling sesuai), katanya bila kita marahkan orang lain. Jangan la sebut perkataan yang buruk2 macam mana nak maju kalau duk sebut yang buruk2 niw?? Sebut lah yang kita suka selalu. Itu pun payah ka? Contoh bila marahkan anak, jangan la sebut 'bodoh punya budak' tapi sebutlah 'bijak punya budak'. Anda mampu mengubahnya.

p/s: Apa kena dengan aku niw? Tulis pasal niw? Tadak kije dah. Fb dah deactive. Itu pasal lepak2 dekat blog jer ^,~


|


Copyright ©. Code thanks to OhMissLinda.Re-edited by NayliIdzwati. With little helped of CikGee