Update Lagi!
7 Mar 2013| 9:43 pm |
1
♥
Allah.. Allah.. Allah.. Mak ayah keluaq pi pasaq malam. Hohoho..!...!.. When parents not in home. Plizz don't try this at home too!! Apa yang ambe buat nim? Mak tak bagi bukak pesbuk. Mak tak kata pun jangan bukak blog. ;) Muzik dekat blog niw best tak? Elley2 malu nak ngaku lewtu.
Dah 3 minggu 2 hari. Macam tak percaya, namun semuanya masih fresh dalam mindaku. Biarlah aku nak SS pun. Itu suka hati akulah. Walaupun semua dah ke tahap ini, bagi aku ia tiada apa2. Sebab aku masih ingat kisah semalam. Aku akan terus berdoa. Dan cuba berakhlak lebih baik. Biar manusia hina. Asalkan Allah suka. Aku buat silap aku tau lah.
Weyy. Malam tadi kisah pa wey? :P
Nak kongsi sikit apa yang aku dapat, daripada last kuliah yang aku hadir. Macam besa awai bulan famly aku akan pi mesjid Batu. Sebab selalunya awai bulan hari sabtu minggu pertama mesti ceramah Ustaz Abdullah Khairi. Tapi masa pi baru2 niw, adik beliau yang ceramah. Mula2 aku ingat ustaz niw takdak mood kot sebab tu kuliah dia kali niw lain ja. Tapi lepas 30 minit, aku renung skrin tv tu. Baru aku perasan itu orang lain. >_< Itu Ustaz Fatur Rahman la! Tapi best la :D Adik beradik tu tone suara depa sama :D.
Beliau ada menceritakan tentang kezuhudan Imam Ahmad Hanbal. Kata Imam Ahmad Hanbal, "Wahai diriku yang miskin, kalau kamu tahu betapa banyaknya dosa yang aku lakukan terhadap Allah yang terdapat dalam diriku ini nescaya kamu akan mencampakkan tanah di atas kepalaku", kezuhudan beliau terzahir apabila ramai umat Islam di sekelilingnya menghormatinya dan sentiasa ingin mencium tangannya. Namun beliau berkata2 sedemikian walaupun beliau seorang yang berilmu serta warak. Bukan macam orang Malaysia. IM4U. Macam taik orang tengok. Tergedik2 macam tu. Kikiki..!...!.. Aku salin dekat note hp aku, sebijik2 macam apa yang ustaz kata. >,<
Mak ayah dah balik. Okes. Assalamualaykum :D
Nak membebel! Jangan baca! :3
SubahanAllah! Sollualannaby :D Syoknya bila ada ksempatan nak update. Psitttttttttt. Sat je pon. Sapa hat baca entry ambe nim jangan bagitau mak ambe sudah ler. Ini waktu rehatku. Bangun 3 pagi. Merapu sampai 3.30 doh ter 3.35 Nampok laptop. Wuishhh! Pesbuk dah tak best oi!**sokmo banyok spy ter** Sat lagi pukul 4 ambe tutup la. Nok kene ngapa hadis pulok sampa pukul 5. Pah tu pukul 5 ke atah tauhid wal mantiq pulop. Susah bebeno idup ambe lenim. Study, naik bas, pi sekulah, bace buku, jait niqab ;), jual niqab dekat fb**sebenaqnya taktik nak on9 ter**, dan membebel. Woi! Lama ngat aihh tak guna ini laptop keyboard macam nak qosak nim, huruf E payoh doh nim nok neke. Huh! **tengok ambe dah membebel, kan ambe doh kate jangan bace!**..
Cepatnya masa, dah 3.54am niw :D Nak habaq niw weyh! Lenim mak ambe dah kasi jual niqab :D. Syukenye titew**problem cakap tak teruihh**. Dulu ambe dokleh gune mesin jaik tapi lenim mak dah bagi menjahit sendiri. Hohoho..!...!.. **mestila bules doh the malaikats tu doh balik doh ter**. Taktik baru nak keluaq ke majlis ilmu pulak. "Mak.. Ada kawan nak beli niqab. Nanti ada program. Jom la kita pi, sebabnya dia ajak pi. Alang2 tu bules bagi niqab niw dekat dia.", am I cool? :P Lebih comey daripada dulu tau! Sebab kali niw dengan kebenaran mak ayoh. Hohoho..!...!..
Alamak dah pukul 4. Kejap je nak tambah 5 menit ja. Ambe nak membebel lagi nim. Hati aku berdarah dan darahnya belum habis oi! Huhu. Alhamdulillah masih ada kak usrah aku tu, dia sanggup balik Malaysia sebab tau kes yang berlaku dekat aku. Apa yang boles diperkatakannya adalah saya sokong hasrat kamu berdua namun peliknya bila ada pihak terdekat sendiri yang menghalangnya.
Katanyalah, "Aku sedih bila orang yang paham agama sendiri, berimejkan tudung labuh pioh bagai tapi duk pike hok pelik2. Kita tak cuba kita tak tau. Jangan berikan anak kecil yang tak matang wa guna emosi untuk membuat keputusan hanya kerana si kecil itu tertua di situ? Walaupun dia belajar tinggi2 dan bakal punya degree tapi tak semestinya dia tu matang kerana suka bertindak ikut emosi! Semuanya nak perfek. Lani aku nampok dia nak jadi penghalang sebabnya, tak penah ada lagi orang hok buat gitu ke dia. Mungkin dia jemles kuk, sebab yang last tiba2 nak jadi yang 1st. Aku doh nampok hok ter boh. Aku bukan apa, si orang lama kau tu pm aku. Kata si kecil tu asyik pm dia setelah si kecil itu menghuru-harakan keadaan rumah kamu. Nak tau apa si kecil tu kata? Dia duk interview pulak orang lama kau tu, dah dekat orang terbaru kau dia hancurkan ini cari orang lama pulak. Bukan apa, orang lama kau kata si kecil itu macam nak test dia saja. Kalu aku ada mausia macam si kecil tu malu oi hidup aku! Aku bertindak untuk menentang amat2 tindakan si kecil itu! Sabar ye dik. Allah nak uji tu. Bukan senang tau nak dapat yang baik2. Mungkin Allah nak kamu lebih berusaha untuk jadi yang terbaik. Sapa tau 2-3 tahun lagi orang terbaru kau muncul semula? Piwwittt! Macam citer aku pulak :P. Mungkin Allah nak takdirkan yang jauh lebih baik daripada itu. Atau mungkin Allah nak kamu berusaha untuk mendapatkan sesuatu, Allah takkan bagi dengan mudah sayang jika tanpa usaha. Akak nampak kamu tak banyak berusaha kije kamu doa saja, orang terbaru pulak yang keja lebih. Dialah yang berusaha dan dialah yang bertawakkal. Kamu tu tawakkal jer usaha pun tak. Sebab tu benda nie tak jadi. Bila orang tanya kau diam je. Apa benda la kau nie? Penakut! Ish2. Sakit hatikan sayang? Quran ubatnya. Akak balik Madinah dulu. Ini mesej terakhir akak, nanti kita jumpa yer sayang."
~Pasta Kopi~
Woi! 4.21am dah! sat la alang2 tu kasi 4.30 teruih la :D hohoho..!...!.. woi menangguh itu amalan setan. :P Kikiki. Okes! Hati berdarah lagi niw, ada sapa nak sedekahkan tisu tak? Cakap pasal tisu, tisu pun dah muncul. Tisu = Orang lama. Tapi ambe tak rela sebab orang terbaru masih menghantui minda aku. Huhu. Kesian dekat tisu. Susah tau nak relakannya. Allah. Aku nak tinggalkan tisu dan nak hidup dengan sendirinya aku. Biarlah tak punya mereka asalkan aku punya Allah. :D Hati remuk dan retak. Ambe nok jadi pengacau macam oram lain buat dekat ambe jugak la. Kikiki..!...!. Astagfirullah. Balas dendam plok. Dosa tu wey. Tapi serius nak habaq, 12/02/13 bermulanya semua kehancuran. Sampai hari niw masih segar ia dalam ingatan. Hat segaq tu kenangan lah! Kalaulah aku tak ikut kehendaknya masa tarikh tu, mungkin kala ini aku sedang bergembira. Namun Allah nak uji. "Maka nikmat tuhanmu yang manakah telah engkau dustakan?". Allah.. Mungkin Allah nak aku mencintaiNya dahulu setelah itu barulah manusia.
Lebih masa dah weyh! Hadis tak lepaih lagi niw. Huh! Inilah yang mampu aku luahkan. Bukan nak timbulkan permasalahan namun, segala yang berlaku punya hikmah. Walaupun dia buat aku macam niw, mungkin Allah nak ajar aku supaya jangan berlaku zalim seperti dia ke atas orang lain. InsyaAllah.
Sekian syukran sebab dah baca. Wasalam. Moga Allah rahmati kalian. Assalamualaykum :)
--------Balaghah Terlalu Tinggi-----------
Haram Jaddah!!
1 Jan 2013| 2:23 am |
1
♥
Sambil menaip sambil, makan cokelat cekauan hat dijah punya. Haram jaddah sungoh! Besa dengaq kan? Feymes sangat2! Nak dengaq perkataan niw selalunya buleh ke... ke mana erkk?? Pikiaq sendiri la. Tau ka apa maksudnya? Haram tu selalu dengaq, tapi niw! Jaddah, kau tau apa maksudnya? Mai aku nak bukak ceqita niw!
Masa aku belajaq dekat SMA DMW 1 dulu, ada sorang ustaz niw. Selalu jugak sebut perkataan haram jaddah. "Ish! Ustaz nihh.. Asyik sebut perkataan pelik2 ja! Awat?", ehem! Aku agak rapat jugak dengan ustaz pasai ustaz ajaq arab ngeee :D(woi! laki orang woi). Maka ustaz pun bukak 1 cerita. Maka cerita ini riwayat Ustaz Najib lah(nama ja Najib tapi penyokong PAS tegar).
Ceritanya begini. Perkataan haram jaddah berasal daripada insan2 yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Pendek cerita, pemandu bas yang nak tarik penumpang selalunya depa akan jerit nama destinasi yang akan dituju. Maka dari situ muncullah laungan Haram Jeddah! Pemandu tu asyik ulang ja, "Haram Jeddah, Haram Jeddah, Haram Jeddah, Haram Jeddah, Haram Jeddah, Haram Jaddah(bila sebut laju2 'e' bertukaq jadi 'a')!", maksudnya pemandu tu bawak bas daripada Tanah Haram ke Jeddah. Perkataan ini di dengari oleh insan2 yang berada di citu maka orang melayu yang dengaq pun dia balik malaysia perkataan Haram Jaddah masih terdengaq2 lagi di telinga mereka. Almaklum lah, orang arab sebutannya laju2 belaka tambah2 kuat pulak tu dan sebut banyak2 kali. Mesti la yang dengaq akan terbawak2.
# Begitulah cerita Ustaz Najib, katanya dia hanya menyebut nama tempat. Sebab dia teringin nak ke sana. Bukankah kalamud dua'??#
Mengikut pembacaan aku daripada blog seekor ehh seorang ehh sebuah ultraman(maaf itu yang paling sesuai), katanya bila kita marahkan orang lain. Jangan la sebut perkataan yang buruk2 macam mana nak maju kalau duk sebut yang buruk2 niw?? Sebut lah yang kita suka selalu. Itu pun payah ka? Contoh bila marahkan anak, jangan la sebut 'bodoh punya budak' tapi sebutlah 'bijak punya budak'. Anda mampu mengubahnya.
p/s: Apa kena dengan aku niw? Tulis pasal niw? Tadak kije dah. Fb dah deactive. Itu pasal lepak2 dekat blog jer ^,~
Esuk Oh Esuk!

Esuk aku nak KELUAQ! Apa nak jadi, jadilah. Aku nak keluaq jugakk! :P Dulu alasan SPM, kali niw tak beralasan pulak! Aku nak keluaq jugak! Yeye!!!! Hidup terkurung! Ok! Arahan dah diikut! Fb dah deactive. Esuk aku tetap nak keluaq. Ada program ka, tadak program ka! Ehhh.. Kalau tadak program, maka aku akan 'mengada2kan' program aku sendiri wey! Semoga plan esuk berjalan dengan lancar. Nak singgah rumah ayah halim jap. Lepas tu, aku nak lepak2 masjid dekat citu! Rasanya masjid tu bukak kut pagi2. Wahhh! Poket kosong lak niw. Ouch! hp ada! Boleh p gadai~ Piwwit good idea boleh datang lah time2 mood tensyen niw :P. Hermmm.. Esuk aku nak suruh dijah lepak dengan aku. Aku nak cekau duit dia. Dah lama aku tak cekau duit dia :D**jahatnya kawan**. Alamak!! Esuk ada ka rabbit?? Aduii!!! Mesti depa cuti jugak. Adui guane niw?? Uhukkk!!! -,-' Apa susah! Kau jalan ja! Pi semejid matang pasiaq pun takpa! Asalkan bebas sebentaq daripada family :P Esuk mesti takdak sapa dekat semejid pasai tuk imam jugak cuti taun baru jugak kot! Aku deactive sat ja! Lepas niw aku bukak balik. Gila kapaka deactive teruihhh?? Ish2! Habis la bisnes aku lingkup! Tak pa. Yang nak beli by hand lebih ramai daripada beli on9 :P Sekarang aku tengah dengaq lagu opik, tajuknya rapuh! Aku saja bukak! Pasai sekarang jiwa aku tengah nak memberontak! Ikut hati aku nak keluaq la niw jugak, tengah2 malam niw jugak! Tapi pasai dengaq lagu niw, perasaan pelik2 niw kurang sikit! Kot2 la dengaq lagu niw buleh buat aku patah hati untuk keluaq esuk?? Kah2..!...!..
Kecewa teramat hari niw. Aku malas nak hurai panjang lebaq pasai kekeciwaan aku! Yang aku tau, time niw takdak sapa sudi paham aku! Sama saja! Sapa pun! Tak paham perasaan aku sekarang. Termasuklah orang yang baru baca entry niw yang tak tahu asal usul :P Kuang3! Melainkan Allah.. Alhamdulillah Dia ada untuk aku. Nak harap manusia niw susah! Bestnya! Semua orang boleh keluaq. Aku? Terkurung di sini. Malah fb pun di suruh tutup. Berat nanang sunggoh! Ehh2 niqabi kena jaga bahasa wey! Tadikan aku tunggu mesej someone dekat fb, amboihhh berminit2 jugak aku tunggu dia reply. Almaklumlah orang kuat dan bizi :P lepas tu, aku mula tensyen. Kalau ya pun reply jelah :P Buat orang tertunggu2... Ehhh berapa kali mau taip maa?? Dia tu orang kuat, bz pulak tu hari niw. Sebab tu tak reply. Apalah kau niw! Nak orang paham kau tapi kau tak reti2 nak paham orang.. Ish.. Ish.. zakirah oh zakirah! Tapikan, yang peliknya. Time tu, memang lama sunggoh aku tunggu. Lepas tu aku teringat kaedah hantaq telepati. Maka aku pun hantaq telepati dekat orang tu. Seingat aku nak buat telepati niw, otak kena kosong, dan kita kena ingat muka orang yang nak kita send telepati doket dio.**kau paham ke apa aku taip niw?? tapaham sudah**. Aku saja menghadap kiblat dan tutup mata. Bayang muka manusia tu, dan kata "wahai manusia, kau reply lah mesej aku dekat fb cepat". Bila aku bukak mata, lepas 2 minit. Alhamdulillah dia baru reply :D ngeeee.. 1st time telepati berjaya**macam perasan lebih aku niw**. Itulah ceritanya. Lepas tu aku tekan deactive semua fb aku. Nyett.. Nyett.. Nyettt... Aku nak membebel lagi weyhh!!
Aku tengah tunggu mak ayah aku tidoq lepas tu baru aku nak turun bawoh! :P Macam kurang hajaq ja aku niw. Tapi mak ayah tak nampak kut pengorbanan aku selama niw, ieyalahh.. Malaikat2 tu asyik hasut mak ayah ja. Mana nak nampak aku dah. Takpalah. Hari niw ja aku tak mintak maaf dekat mak ayah. Esuk aku mintak maaf la. Adakah esuk masih ada?? Uhukkk... Tapi aku niw ego tinggi ok! Kalau aku turun kejap lagi mesti ayah jerekah aku macam tadi. Yang abang aku pulak jadi penonton dan menjadi penggelak tanpa bayaran.. Kah2..!...!.. Aduiii.. 1st time ayah marah macam tu dekat aku. Uhukk Takut!!! Aku hanya ajak turun gi OSeM ja. Dan aku dah habaq 2 minggu lepas kot. Kemarin pun aku kata, pasai niw. Dan ayah kata kalau hujan kita tak akan pi. Tadi hujan sikit ja. Tak lebat pun. Hujan pun dah berhenti. Itu pasal aku ajak. Tak pasal2 ayah tengking aku centu. 1 aku terasa sangat2 sebabnya mak dah pesan kalau nak pi program mana2 habaq awai2. Jangan esuk nak pi baru bagitau ayah. Lagi 1, aku malu bila abang aku gelakkan aku tadi. Hurmmm... Takpalah! Gelaklah! Sampai kau puas hati. Kejap lagi, pembaca setia blog niw ada yang pi repot dekat abang aku. Pasai aku tulis pasai niw. Belah la weyy! Tak malu ka duk jadi spy dan duk amek tau urusan orang! Ok! Fine! Lepas niw, aku nak turun program dakwah tanpa family! Elleh selama niw selalu ka pi dengan family?? Kah2..!...!.. Lepas niw serik dah! Aku takkan ajak dah family aku! HKR aku nak turun sendiri. Apa nak jadi, terjadilah! Aku nak pi sendiri. Guna duit aku!**kau ada duit ka?**.Aduiii. Hidung tersumbat tak habis2 lagi wey pasai nangis tadi**sekarang pun nangis lagi**. :P Bessa tu! Bila streesssss niw aku nangis ja. Alahai! Awat la, ayah tak tidoq lagi niw.. Eh! Lupa lak! Esuk tak kije sebab tu ayah tidoq lambat. Adui lapaqnya!!! Dijah sori beb! Aku terpaksa cekau cokelat yang kak ros bagi dari klang tu. Pasai aku dah nak tahap gastrik niw. Ieya! Ego aku tetap tinggi! :P
Esuk nak buat latihan menembak lah dekat sawah padi. Yeahhh! Cantikkk!!!! Eh! Padi tengah hijau ka sekarang?? Apalah! Belakang rumah ada sawah pun tapenah amek tau :P Eh'eh! Mata dah berat la, pasai nangis kot tapi bila nangis ja mesti aku sakit kepala.. Alahai~ Kesan streesss kot :P Nak bukak bungkusan cokelat. Lagi sekali, maaf dijah :D Tapi aku rasa. Mak ayah dah tidoq kot. Sunyi ja, tapi tv duk dengaq soqa lagi. Mungkin tu tv kedai sebelah. Betui2. Aku nak turun makan lah! Eh! Ada lagi ka makanan untuk anak kurang hajaq macam aku niw?? Huhu.. Aku malu... Tapi aku just ajak pi OSeM ja.. Bukan cakap kurang hajaq pon. Seyes. Tiba2 ja, ayah tengking aku macam tu.. Sapa patut mintak maaf niw?? Mungkin aku kot! Sebab dah anak, kena buat cara anak! Bodoh la kau zakirah. Dengan orang tua pun nak ego ka?? Jangan hidup betuhankan nafsu weyhhh!!! Mungkin cara aku salah, sebab tak bawak bincang. Masuk bilik terus nangis. Eh! Time ayah tengking tadi pun aku dah nangis :P Tak matang betui. Aku pilih untuk berkurung dalam bilik ja. Sebabnya aku takut nanti aku tersalah cakap lak bila berbincang dan aku tak nak ayah tengking aku macam tu. Aku tak nak tambah tensyen dekat otak aku niw. Dan aku menyampah tengok manusia tu gelakkan aku. Dan aku tak jangka benda niw akan berlaku.
Masa hari tu, lepas habis ja spm, 7/12 aku pi HKR Kedah. Sampai rumah pukul 3 pagi normal la kalau mak ayah marah. Pi pulak dengan ayah halim. Lepas tu, 8/12 lak aku pi kuliah UAI tu. Balik pukul 1 lebih! Maka, kena lagi! Lepas tu pulak aku pi HKR Penang tu. Balik 2 lebih macam tu. Lepas tu mak aku kurung aku! Tak kasi keluaq mana2. Aku just pi jadi fesi dekat 1 kem tu ja. Lepas tu mak mai tanya, macam2 dekat aku. Aku pun bagitau yang aku impikan keluarga yang nak sekali ikut aku turun ke program2 dakwah. Walaupun ibadat aku tak tara mana tapi aku suka pi program2 dakwah.**riak sat** Aku suka suasana tu. Sebab family aku taknak turun sekali, aku jadi jeles dengan dijah. Banyak dia pi program2 dengan family. Aku nak macam tu dan aku bagitau dekat mak. Lepas tu aku bagitau yang aku akan ada KING 2 dengan street dakwah, OSeM, HKR kl. HKR kl tu last program aku! Mak kata bagitau awai2 dekat ayah kalau nak pi mana2. Nanti buleh ajak ayah sekali kita pi 1 family. Dan aku ambek tindakan memberi tahu 2 minggu sebelumnya... **ini pasal OSeM**. Aku habaq dekat mak yang aku ada buat khat untuk logo OSeM tu. Semua orang macam tak mau caya ja, tadi nak pi pejabat post nampak banner OSeM, aku tunjuk dekat mak... Lepas tu.. Ahhh! Malas la nak hurai. Aku kata dekat mak, "Malam niw, kita pi tau makkk. Kirah nak tengok logo tu. Sebab kirah yang buat. Kita pi tau". Mak tak kasi reaksi yang baik tapi nada mak macam bagi harapan. Maka aku pun syok la sampai update status bagai. Tapi tak sangka ayah akan tengking aku macam tu.. Takutnya kalau ayah tengking macam tu lagi sekali. Maka lepas niw, aku nak jadi anak yang baik. Tak mau la ajak ayah pi mana2 program dan aku pun dah tak mau turun mana2 program lagi, HKR tu last. Lepas niw nak jadi anak yang solehah :D ngeee ..
 |
| With dijah. Peace R <3 |
Panjangnya aku membebel. Sebenaqnya aku bukan nak keluaq tapi nak lari! :P Wahhhhh!! Takkan ada orang yang akan baca punya apa yang aku tulis niw berjela2 niw :3! Aku yakin >,<.. Dah ngadu dah dekat Yang Mendengar tapi tetap tak tenang, kalau tak aku nak hempas ja semua barang yang ada dalam bilik. Tapi aku tingat, aku niw pemalas nak mengemas. Maka aku cari balik blog niw. Dah baca blog orang tu beradap la sikit wey, takyah lah pi heboh2. Kalau pi heboh2, aku tak redha! Pelik, selalunya aku mengadu mesti tenang dah weyhh! Pasal tak tenang la aku cari blog niw. Ehem! Bukan selalu :3. Sekian Syukran. Assalamualaykum..
**Ditulis oleh insan yang sedang tensyen**
p/s: Segala cerita ini, adalah rancangan Allah! Maka jangan dibawak keluaq daripada sini! Kalau bawak keluaq jugak cerita niw dari sini. Maka saya tak redha!
Masalahnya! Uhukk :'(
20 Dec 2012| 12:31 am |
3
♥
Bismillahirrahmanirrahim.. Hurmmmm.. Terpaksa luah dekat blog setelah diluah pada yang selaluku luah tiba2 menjadi tak tenang jugakk... Uhukkk :'( (apa punya ayat la malam niw). Jahat jugak aku niw, bila tak perlukan blog niw macam tu ja aku buang. Bila perlu baru gedik datang. Alahaii~
Hurmmm.. Aku dah deactive fb pasal, banyak kes berlaku. :'( Kemarin mak cerita, "apa hang nih! tulihh apa pasai kawen2 dekat pesbuk?? tak malu ka??", Sedihnya.. Tergamak ada yang sebarkan fitnah macam tu. Kepada penyebar fitnah tu aku nak kata sikit dekat kamu, tak kiralah apa pangkat kau, tua ke muda ke, saudara ke tak saudara ke. Nah amek!! >Molek sebelum awak sebarkan berita palsu awak cermin awak, better cakap pasal nikah daripada cakap nak couple! Bukak mata! Dok pi kuliah agama selalu! Pakai tudung labuh bagai! Tapi buat fitnah! Apa cerita ini? Sebelum awak kata saya niw gedik, awak tengok2kanlah saudara2 awak yang masih melakukan maksiat! Ouhhh~ Aku niw gedik? Anak saudara kamu tu! Dok snap gambaq dengan pakwanya tak pulak kamu kata gedik? Berat nanang!< Hurmmmm.. Emotional pulak aku niw. Astagfirullah.. Mungkin Allah nak kasi mesej kot melalui fitnah niw agar aku lebih berhati2 dalam berpesbuk. Takpa2 kita husnu dzon lah yerkkk ^,~
Hari niw pulak, mak kata "Hang tulihh apa lagi dekat pesbuk? Tak payah la lebih2 sangat. Mak malu ada orang dok kata macam2 dekat hang". :'( Apa lagi?(bak kata ayah halim bila aku suka kacau ayah) Huhu. Sedihnya. Apa yang aku tulis dekat pesbuk semuanya dan setiap status aku, aku akan pastikan mempunyai mesejnya yang tersendiri. But my mum said "Kalau nak dakwah pun tak payah la tulis dekat pesbuk, nak pi berjuang pun tak payah lah sampai letak dekat pesbuk, tadi ada orang cakap macam niw sebijik dekat mak. Mak malu tau!" :'( lepas tukan aku tau mak sedih dengan akhlak aku yang suka berfb. Maka aku buatkan mak aku fb lagi 1(dulu dah buat tapi lupa password). Mak aku sendiri chek fb aku. Tapi mak aku tetap malu bila ada orang cakap macam tu.. Allah.. Sedihnya.. Maka aku ambil keputusan untuk block semua family aku dalam friend list aku tapi tak guna jugak! Maka aku terus tekan deactive :'(
Sekarang, boleh cari aku dekat mana2 fb aku yang tersecond aktif! Aku ada 4 akaun fb dah si Zack Love Islam dah deactive aku ada lagi 3. Cari sajalah! Sedih sangat2. Tapi aku nak jaga hati mak.
Tadi sebelum tidoq, macam besa aku pi salam mak ayah. Aku termenangis dekat tangan ayah aku. Huhu.. Dah lama tak bersweet2 denga ayah. Last aku bersweet2 dengan masa fom 2 time duduk asrama. Lepas tu, hurmmmm... Jarang. Memang ayah sibuk kerja. Sepatutnya akulah yang kena p rapat2, bukannya tunggu ayah datang! Ish2! Malangnya ayah ada anak yang buas macam aku niw! Dah la paling bermasalah! Berat nanang pulak tuuuu~
Dan mak mintak aku untuk amek STAM tahun depan! Aku redha!!! Aku dah tak sanggup tengok mak nangis sebab perangai aku yang teruk niw. Aku cakap dekat mak. Aku suka keluaq ke program dakwah. Saja aktifkan diri. Lepas tu aku katalah, yang aku teringin nak family macam kawan aku tu. Selalu turun ke program dakwah dan pi ceramah2 politik. Best2! 1 family depa pi. Aku katalah macam tu dekat mak. Aku hanya nak keluarga kita macam tu. Sebab tu aku selalu keluaq dengan orang saja. Jarang sekali nak pergi sendiri dengan family. Bila ajak ja macam2 alasan. Aku just bagitau macam tu tapi terus mak aku nangis. :'( Jahat nya aku niw! Titiskan air mata mak! Memang anak yang kurang adap kan aku niw?? Lepas tu sebelum tidoq aku mintak maaf dekat mak dan ayah.. Alhamdulillahhhh ^,~
 |
| Cangkul rumput <3 Rindunya saat2 ini berulang lagi ^,~ |
Dan terasa sekali diri niw jauh dengan Allah. Selalu cuba untuk dekatkan kembali namun ada saja yang jadi pengacau! Allah.. Malunya! Pakaian aku langsung tak melambangkan iman di dada. Selalu susahkan orang tua, hubungan dengan Allah pulak renggang! Huhu.. Aku yakin penyebabnya adalah, aku niw pemalas nak dekatkan diri dekat Allah! Aku yakin itulah punca semua masalah! 1 ja sangkut semua pakat2 hang!Allah...
Aku harap hari esuk lebih baik daripada hari niw. Esuk??? Allah... Malam jumaat! Uhukkk! Jadi ntah tak jadi wa Allahu alam. Yang penting istiqarah macam selalu 330 ^,~.. Ehhh! Ada ka orang yang nak baca entry aku niw?? Bukan main pajang aku taip! Ahhh!~ Lantak la! Blog aku! Suka hati lahh ;) Kah2..!...!..
Aku Yang Sibuk
17 Dec 2012| 1:49 am |
4
♥
Bismillahirrahmanirrahim. Dah lama tak tengok2 sini. Malas pun ada nak taip niw, tajuk entry aku yang sibuk. Sibuk sangat ka kau? :P Kuang3
SPM dah habis, maka agak bebas sikit aku niw. Hari2 keluaq rumah! Balik kena marah. Padan muka kau! Kah2..!...!.. Mood tak berapa ok nak menaip niw. ! Ada orang nak baca ka apa yang aku taip niw? Suka hatilahhh !
Ini pasal sahabat aku yang agak gedik niw! Menyampah! Dan geli teramat sekali melihat kerenahnya! Dulu bukan main lagi kau kata aku gitu gini! Takpalah, kau jelah yang betui, aku niw budak sekolah biasa so tak banyak ilmu agama macam kau. Kan? -,-' jeng kreng! Ieyalahhhh, kau kan anak orang kuat agama sebab tu bila kau buat perangai gedik kau orang tak berani tegur. Ahhh! Apa pasal aku sibuk2 fikir pasal kau? Semak kepala! Aku tolong lipat kain baju mak aku lagi best! Ehh! Mak dah tidoq! Telupa dah pukul 1.25am~
Macam besa nyamuk banyak! Aku penat nak uruskan macam2 hal! 'Eh! Ada program tu la, kak z! Kami nak tumpang kak z pi program tu boleh?' Alahai, aku pun tak tau program tu. Sikit2 cari aku. Takpalah, alhamdulillah. Benda2 niw yang menjauhkan aku daripada masa lalu aku! Alhamdulillah. Takpa2 mai la cari kak z! Hohoho..!...!..
Niqab yang aku jual pulak orang dok komplen, mahai sangat la. Tengok la kain weyh! Chiffon silk la! 1 meter rm15 kot! Mestila mahai.. tapi takpalah niat sedekah lah tamat cerita.
Aku ingat aku nak kawen la! Senang sikit nak gerak dalam dakwah dan politik niw. Selalunya pi program politik aku akan pi dengan kawan2 dan ayah angkat. Balik pulak mesti atas pukul 12 malam! Tak gila ka? Mesti mak ayah marah! Alahai~ Sebab tu la rasa macam nak kena nikohh la. Nanti pi mana2 boleh pi dengan zauj! So takde lah kes terpaksa bukak pintu rumah tengah2 malam buta dan tak wujudlahh perang dunia tengah malam >,< (macam gedik pun ada aku niw!)
Dapat camera canon! Aku tengok printscreen UAI, ada yang tanya pendapat 'Ustaz kalau nak beli camera jenama apa yang sesuai', ustaz jawab 'canong' maka aku pun ikutla macam printscreen tu. Sebab ulamak pewaris anbiyak, kalau tak nak ikut ulamak nak ikut sapa? Kah2..!...!.. Now canon EOS 1100D. Tapi kenapa orang kata ini model baru? Sedangkan sama ja dengan model lama aku tengok camera niw. Kah2..!...!.. Tapikan bila dah ada dekat tangan camera niw. Aku pun saja2 pi usyar page UAI. Ya Allah! UAI guna nikonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!! Dulu UAI kata canon tapi beliau guna nikon. Aduehhh.. Aku terasa macam nak tukaq ja! Huh! Macam bendui pulak aku niw ^,~
 |
| 15/12/12, canon EOS 1100D. HKR PP |
Arhhh! Membebel banyak la aku niw! Aku rasa macam nak masuk bidang khat la lepas niw. Tapi mahalnya kos tuuuuu~ Kah2..!...!.. Arhh takpalah. Nak pi amek stam ka? huhu. Istiqarah la dulu maknanya niw. Aku tengah belajaq jadi baik. Itu sahaja! Aku tengah cari dana kot2 sapa2 rasa teringin nak sumbangkan sdikit wang untuk program street dakwah penang niw. Nak buat flyer je pon. Dan aku diminta untuk tulis khat untuk OPS Sayangi Masyarakat. Aku rasa tulisan aku buruk la! Alahaiii~~~~
Sebenaqnya, aku tatau nak cerita apa tang niw! Tengah menyampah niw! Huhuhuuuu~ HasbunaAllah wa nikmal wakil, nikmat maula wa nikmannasir...
Musuh Dan Etika Berdakwah Di FB
9 Nov 2012| 6:57 pm |
2
♥
Cuma sedikit renungan dan perkongsian buat semua di petang jumaat ini. Sedikit kisah yang ingin ana kongsikan. Kisah benar! Boleh baca semua di bawah ini untuk tahu kisah selanjutnya. Mohon jadikanlah apa yang ana katakan ini sebagai pedoman, yang buruk2 tu tinggal2kanlah~
Bila buat status islamik, awok cakap
="status dekat fb punya banyak islamik tapi tak amalkan pun tulah ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah"=
Bila kawan dengan niqabis, awok cakap
="awok budak sekolah biasa jangan kawan dengan niqabis, nanti awok akan cacatkan niqabis dengan perangai masa lalu awok tu"=
Bila pakai cardigan longgar besar+pashmina labuh sebab nak berfesyen, awok cakap
="baju awok tu ketat la, tak guna kalau selendang tu labuh tapi baju ketat"=
Bila pakai stoking berwarna coklat,awok cakap
="awok tak tahu aurat ka?'=
Bila upload gambar nutup aurat, awok cakap
="wah! status banyak yang islamik tapi awok kuat posing la"(siap bawak geng untuk hentam kawan, then buat serangan hendap supaya seluruh dunia boleh baca teguran sinis tu)=
Bila dah berniqab, awok cakap
="budak sekolah biasa berniqab? hermm berniqab biarlah bernilai solehah"=
Bila pakai celak, awok cakap
="bercelak sama seperti bertabarruj"=
Bila kuat berpolitik, awok cakap
="sebagai umat Islam, kenapa awok nak tengok sesama sendiri berpecah belah?"=
Bila berniqab+pakai wedges, awok cakap
="kenapa berpakaian sebegitu? awok dah jatuhkan martabat niqabis yang tak berpakaian seperti awok"=
Bila ke kuliah UAI, awok cakap
="UAI ja? herm UAI, patutlah mulut awok macam @#$$% cuba awok ke kuliah ustaz2 lain"=
Ieya! Itulah kata2 seorang musuh yang wujud dalam friend lists ana(itu hanya 15% ja banyak lagi sebenarnya). Perkara niw bermula bila ana dah ada fb. Dulu kami hanya kenal2 macam tu ja. Bila jumpak kadang senyum kadang tak. Tapi tak sangka, dia sanggup jatuhkan air muka ana di fb. Dan bawak semua2 tu ke alam realiti sampai ke pengetahuan ibu ana sendiri dan kenalan2 lama. Sedih sangat. Dia selalu rendahkan status budak sekolah biasa. Ana pernah 2 tahun sekolah agama. Tapi secara rawaknya hanya 30% sahaja yang istiqomah yang selebihnya hanya menjadi beban buat pihak sekolah sahaja!
Sedih sangat2. Setiap apa yang ana buat menjadi perhatiannya, sehinggakan warna stoking sekalipun menjadi buah mulutnya. Almaklumlah ana selalu pakai stoking hitam, satu hari tu ana keluar jalan2 pakai stoking coklat. Lalu bila malam tu, dia pm ana dan berkata seperti dialong di atas. Samalah semuanya begitu. Setiap salah ana, nama niqabi di bawak2 sekarang niw! Yang salah ana bukan niqab! Namun sedarkah, caranya hanya akan menjatuhkan status budak sekolah agama dengan memerhatikan gerak-geri seseorang sehingga terlupa akan dirinya sendiri?(amboi macam nak mengumpat pulak, plizz pandang sudut positif)
Ana memang pemalas nak usyar wall orang, tapi tak sangka dia sudi la tengok2 wall ana setiap hari. Sampaikan semua komen2 ana dibacanya. Menyampah jugak dengan manusia macam niw. Tapi bersyukur la ada jugak yang sudi tengok2 wall ana tu. Masa tak berniqab dia, jarang tegur2 ana macam niw. Tapi bila dah berniqab, perhhhh! Dari tahap kawan biasa jadi musuh! Macam tulah ana mampu katakan. Tapi salah ana jugak sebab letak dp berniqab -.-'
Kawan2 cakap dia memang kuat jeles, tak buleh tengok orang solehah sikit dari dia(elleh! macam la aku solehah sangat). Dan kata2 kawan2 ana dibuktikan dengan, akhirnya dia block ana!!! Kalau ana yang salah mesti ana akan block dia, tapi tak sangka dia pulak yang block!(Allah! macam la aku betul sangat) Tapi dia block pun tak guna jugak! Dia ada banyak fb, dan dalam pemerhatian ana ada 3 fb dia dalam friend lists ana. Terkejut jugak! Tapi 1 hari tu, terbukti yang dia hanya komen sorang2. Dan dia selalu bawak fake akaun tu untuk hentam ana dekat wall! >,<
Begitukah cara kamu berdakwah? Kita selalu nampak status "saya cemburu bila dia lebih solehah dari saya". Pernah bacakan status tu? Mungkin dia nak realisasikan status tu dengan melihat semua yang lebih darinya adalah salah! Allah.. Bukan ana saja yang kena niqabis banyak dah block dia. Sebab etika dakwahnya salah! Caranya hanya memaksa! Bila dipaksa, mesti perbuatan yang dituruti itu tak ikhlas. Betul tak?
Ana cuba berukhuwwah dengannya, tapi dah dia block. Macam mana nak berukhuwwah. Dia sendiri yang block. Tapi salah ana jugak tak mintak nomber dia awal2! Aduii!(melepas la aku nak berkawan dengan orang yang berilmu seperti dia) Huhu~
Ok! Stop pasal si musuh tu! Now nak kongsi sikit, etika berdakwah di fesbuk:
1. Selalu buat status dakwah walaupun hanya copy paste sebab ia dikira Allah :)
"Walaupun kita tak sempurna namun bila berusaha untuk ke arah sempurna, disebabkan usaha itu membuatkan kita sempurna. Kalau nak tunggu sempurna sampai kiamat pun kita takkan sempurna kerana hanya Rasulullah SAW sahaja yang sempurna."
~Khadijah Nadhira, my twin~
2. Buat pekak dengan mulut2 jahat+busuk yang dok mengutuk kita. Yang dapat pahala kita :)
3. Amalkan juga apa yang kita update kan tu ye! Sikit pun takpe. Sikit2 lama2 jadi bukit ^.^
"Lebih baik berdiam diri daripada kita update status namun tak amalkan apa yang di update"
~Abg long/Epit Kakashi, pemboikot tegar UMNGOK~
4. Bila berbeza pendapat(PENTING NIW)
~Pernah berlaku, sekiranya kedua2 pendapat masih berlandaskan syariat. Tak seharusnya ada perasaan nak menang dalam perbezaan pendapat itu. Walaupun cara pihak lain macam nak tunjuk yang dia paling betul namun biarkan dia sebegitu. Dan jangan kita berkelakuan seperti dia. Sebaiknya, berikan pendapat secara lemah lembut dan rendah diri ^,~
5. Jika nampak seseorang buat salah
~Sebaiknya jangan dinasihat dia di tempat yang umum. Sampai boleh jatuhkan air mukanya. Jangan! Sebaiknya pm dia atau nasihat di tempat yang tertutup atau secara ftf, dan susunlah ayat yang beradap, sopan serta lembut! Ingat! Dakwah itu mengajak bukan memaksa! Bila cara kita salah, dan bila dia ikut nasihat kita pasti niatnya tidak ikhlas. Atau mungkin dia akan ikut nasihat kita sebab tak nak ditegur lagi. Dan (fikir2 sendirilah deh)
"Nasihatilah diriku dikala aku sendirian, janganlah kau menasihatiku ditengah keramaian kerana nasihat di hadapan umum adalah sebahagian dari penghinaan yang tidak suka aku mendengarnya. Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku, maka engkau jangan menyesal jika aku enggan menurutimu.'
~abejieng, pemboikot tegar UMNGOK~
6. Niat kita harus betul! Jangan kerana nak cari populariti dan mencari 'LIKE'
"Tinggalkanlah fb, twittwer atau sewaktu dengannya jika kamu tidak menggunakannya sebagai jalan dakwah"
~Ustzah Saliza, Orang Kuat Ikram Teens Penang~
7. Pastikan kita bersedia untuk tanggung risiko daripada apa yang kita update!
"Berani buat berani tanggung"
~Syaza Mawaddah, my friend and my niqabi~
8. Sebelum copy paste atau share, maklumkan terlebih dahulu. Nak elak pergaduhan >.<
9. Kurangkan berhubung dengan ajnabi atau insan yang bisa kita nikahi. Hanya urusan penting je tau! Susah kan? Sikit2 lama2 jadi bukti ^.^
10. Banyakkan bertanya atau berkongsi sesuatu yang bermaklumat dan manfaat kepada warga dunia walaupun sedikit.
"Biar dikata bodoh kerana bertanya sesuatu yang kita tak tahu, jangan dikata bodoh kerana malu bertanya"
~Ustz Fauzan Othman, ustaz muka buku~
11. Sekiranya wujud musuh2 di fb anda.
~Boleh delete komen2 encik musuh untuk tidak menjatuhkan air muka kita. Terima pendapat encik musuh dengan hati terbuka dan pandang dari sudut positif.
"Mungkin juga ia merupakan teguran dari Allah untuk kita, lalu Allah detikkan teguran itu di hati dia =]"
~Mujahadah Istiqomah, pelajar FB(food biotec) USIM~
12. Jangan block encik MUSUH
~Selagi mana kita block dia, selagi itulah kita akan perasan diri kita niw paling betul. Mungkin kata2nya terbukti kebenaran. Sebaiknya, berukhuwwahlah dengan dia sekiranya encik musuh sejantina dengan anda. Jika tidak, maka memadai kita ucapkan terima kasih kepadanya.
"Musuh ibarat cctv yang memerhati setiap gerak-geri kita, dialah yang akan memaparkan kesalahan kita ^_^"
~Zinirah Hanan Shamsudin, fesbuker~
13. Bila orang dah tag ilmu dekat kita. Ucapkanlah terima kasih sebagai penghargaan.
14. Jika terasa nak upload gambar
~Nilai dahulu dari segi aspek tujuan upload, adakah gambar boleh membawa fitnah, adakah gambaq boleh jatuhkan air muka seseorang, adakah gambar menutup aurat, adakah gambar berlandaskan syariat dan sebagainya.
"
kalau boleh x perlulah
upload gmba2 dgn sesiapa sahabat yg
-
-
sbb nti timbul perasaan ingin tahu
kaum adam bagaimna wajah anda
dan disitu akn mula timbul fitnah
-
-
~Along/Mohd Khuzairy,Presiden K.A.M.U.(Kami Anak Muda Menentang Umno)~
15. Sebelum on9 dan post sesuatu baca BISMILLAH dan sudahi dengan ALHAMDULILLAH =)
Itu sahaja yang boleh ana kongsikan, ambil yang baik yang buruk tinggalkanlah di blog ini. Mohon maaf jika mengguris hati mana2 pihak. Tak puas hati boleh pm ana ye. Mohon beri tunjuk ajar kalau silap.
"Aku bukanlah seorang yang berilmu tinggi,
aku juga bukan seorang hafizah
yang selalu keluarkan dalil-dalil,
dalam setiap hujahnya,
walaupun jahil sekurang-kurangnya,
apa yang aku nyatakan,
adalah daripada hati aku,
serta masih berlandaskan syariat,
bukan sekadar COPY PASTE."
~Zack Love Islam, insan jahil agama~
p/s: Ingat ye semua! Encik2 musuh itu sebenarnya cemburu dengan kita adakalanya! Hehehehe~Husnu dzon ye ^.~ kalau nak copy paste etika dakwah niw boleh pm ana dekat fb ye ^,^ Salam dakwah <3
Eh! Dia Panggil Ana Ustazah la!
1 Nov 2012| 7:28 pm |
1
♥
Nak cerita sikit, baru2 niw ada keluar ke kedai. Bila sampai ja dekat kedai ada 2 orang budak datang peluk ana dari belakang.
Ana: Pak cik kira niw, berapa?
Budak2: Ustazah!!(sambil peluk ana dari belakang)
Ana: Ya Allah!(terkejut tersangat2, then ana pun kalih tengok bebudak tu) Huuuu.. Alhamdulillah.(nasib baik budak2 perempuan, dalam lingkungan darjah 3 macam tu)
Budak A: Eh! Macam orang len ja.
Budak B: Sapa lagi yang macam ninja dekat sini?
Ana: Kenapa niw ?(sambil tersenyum, tapi pak cik dekat kedai tu dah ketawa terbahak2 tapi tak dakla sampai terkeluar kahak :P)
Budak A: Ustazahhhhhhh..(panjang ja sebutan h nye tu)
Ana: Kenapa niw? Habaq mai lekaihh..
Budak A: Hangpa cakap la.(sambil tengok budak B)
Budak B: Ustazahhhhh, kami nak pinjam jubah hitam ustazah buleh dak?
Ana: Nak buat apa?
Budak A: Kami nak masuk nasyid la..
Ana: Jubah ustazah semua besaq2 la(acece mengaku ustazah pulak ;)
Budak B: Alah! Takkan jubah lama2 masa ustazah kecik2 tu pun tak dak!(sambil buat mulut muncung)
Ana: Takdak la sayang. Nah! Amek ghepek nih, lepaih tu balek ghumah tau. Jangan mein jeuh2 nahh!~
Lepas tu, terus depa amek ghepek tu. Sambil berlari2 keluar kedai. Tak sangka, ada yang sudi panggil ana ustazah. Rasa lawak sangat tapi dah dia nak tersilap orang nak buat lagu mana kan? Tapi, sapa lah agaknya ustazah yang di maksudkan tu? Ana niqabi baru ja dekat kampung tu. Hermm.. Wa Allahu alam.
Bila di kenang2kan balik, beruntung la budak2 niw. Kecik2 dah pakai tudung siap mintak nak pakai jubah lagi. Kalau nak ikutkan zaman purbakala ana tak sebaik mereka. Walaupun mak didik dengan pakaian seperti itu namun ana seorang yang degil. Cemburu tengok budak2 tu. Zaman depa tak macam zaman ana. Sampai di sini saja. Salam dakwah. Dan Assalamualaykum ^.~
Tutorial Jahit Niqab Paling Mudah =)
7 Aug 2012| 7:47 pm |
14
♥
Alhamdulillah, banyak sahabat2 ana pm ana dekat fb tanya pasal niqab
, ana tak pernah nampak lagi orang jual melainkan di internet. Selama ini ana hanya jahit sendiri. Ana nak kongsikan kepada sahabat2 cara untuk jahit NIQAB bukan PURDAH ye
InsyaAllah mudah dan praktikal

Buat yang masih tak tahu apa itu niqab. Boleh tengok di bawah ye

Yang itu purdah ye. Yang itu nampak dahi.
Yang itulah niqab, tutup dahi yew dan inilah yang akan kita jahit. (thanks kak asha & abg pijen)
Gambar 1: Yang depan sekali tu benang, yang kedua tu skaf rambut (rujuk gambar 2), seterusnya gunting dan kain secukupnya.
Gambar 2: Inilah skaf tu, skaf ini yang selalunya di pakai oleh anak2 muda. Sesungguhnya skaf ini hanya sesuai untuk buat niqab sahaja ya sebabnya kalau di pakai sebagai anak tudung mungkin aurat anda akan kelihatan. Skaf ini boleh di dapati di supermarket. Ia berfungsi sebagai penutup dahi.
Gambar 3: Sila buka jahitan di skaf itu ya. Dan jahit di setiap hujungnya untuk kekemasan.
Gambar 4: Kain yang paling besar tu, panjang 38 cm dan lebarnya, kain itu perlu menutupi telinga anda. Kain yang kiri atas itu skaf(gambar 2). Dan yang kecil2 itu, panjangnya 12cm lebar 7cm (rujuk gambar 5)
Gambar 5: Kain yang kecil2 itu akan di sambung seperti ini pada skaf tadi.
Gambar 6: Kemudian cantumkan seperti ini!
Gambar 7: Hujung kain bolehlah di jahit seperti itu. Kalau penghujung tu nak bakar guna lilin pun boleh. Ana hanya hantar kedai dan minta dijahitkan seperti gambar 7.
Alhamdulillah itulah hasilnya!
Mudahkan

! Maaf jika ada yang kurang. Ana jahit tak guna mesin ya sebab tu agak hehe

. Kalau tak faham, ini boleh tengok video
making niqab 
Kalau tak faham jugak pm ana ya di fb (
ZLI) InsyaAllah ana bantu. Tutorial jahit purdah InsyaAllah coming soon!! Jangan lupa share kepada sahabat2 lain. Sharing is carrying


Selamat mencuba! Assalamualaykum

Kemestian Bagi setiap Manusia
3 Aug 2012| 5:46 pm |
0
♥
Tak semua orang akan dapat pakai baju raya,
tak semua orang dapat pakai baju penganti,
tapi semua orang akan pakai kain kafan!
Gambar berbicara

.....
Etika Melayari Internet
15 Jul 2012| 11:58 am |
0
♥

MELAYARI WORLD WIDE WEB (WWW)a. Browse atau carilah maklumat menerusi WWW yang berkaitan dengan tugas anda
sebagai penjawat awam.
b. Bertindaklah sebijak mungkin di dalam membuat carian (searching) dengan
mengkhususkan bahan atau perkara yang diingini;
c. Memilih enjin pencari yang sesuai agar carian itu dapat dilakukan dengan lebih
efisyen dan mendapat tindak balas yang lebih cepat;
d. Elakkan diri anda dari melawat laman-laman yang akan menjatuhkan maruah anda
dan imej jabatan;
e. Anda juga dilarang daripada melawat laman-laman yang memuatkan maklumat anti
kerajaan atau subversif yang bertentangan dengan undang-undang negara;
f. Amalkan membuat penanda (bookmark) pada laman yang berfaedah untuk rujukan
kemudian hari; dan
g. Cetaklah dokumen yang difikirkan akan digunakan untuk tujuan rujukan.
PROSES MEMINDAHKAN FAIL
a. Aktiviti pemindahan fail seharusnya dilakukan selepas waktu pejabat;
b. Pastikan anda mempunyai ruang storan yang mencukupi sebelum melakukan aktiviti
pemindahan itu;
c. Cakera keras (hard disk) memerlukan ruang storan sebesar 40 MB untuk
membolehkan sistem pengoperasian berjalan dengan lancar;
d. Kaedah memindah fail yang biasa ialah dengan menggunakan arahan File Transfer
Protocol (FTP), HyperText Transfer Protocol (HTTP) atau proses ‘downloading’
biasa;
e. Baca dan fahami akan tawaran atau syarat-syarat tersebut sebelum anda
memulakan aktiviti itu;
f. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk menyemak keperluan hakcipta dan
mematuhi segala peraturan mengenainya;
g. Segala bentuk perjanjian perkhidmatan dan urusniaga elektronik (kad kredit)
yang dilakukan adalah menjadi tanggungjawab pengguna sepenuhnya;
h. Jika anda akan melakukan urusniaga elektronik, pastikan pembekal memproses
permohonan itu dengan menggunakan pelayan selamat (secured server).
p/s: Do read 
Cara Mudah Mengelakkan Buang Masa Melayari Internet

- Bagi mereka yang celik IT dan punyai komputer riba yang boleh dibawa ke mana-mana tentu ada yang sedang menghadapi masalah ketagihan melayari internet sehingga membuang masa dan tidak dapat memberikan tumpuan pada kerja yang lebih produktif.
- Tentu ramai yang menyedari perkara ini dan mahu menyelamatkan diri mereka tetapi tidak tahu bagaimana caranya.
- Sebenarnya ada satu teknik mudah yang boleh anda lakukan bagi merawati masalah berlebihan menggunakan internet tanpa ada sebarang kos dan boleh menyihatkan tubuh badan anda.
- Caranya amat mudah, anda hanya perlu tidur dengan secukupnya pada masanya. Tidur yang cukup terbukti mampu menjadikan anda amat produktif dan tidak membuang masa dan ini dibuktikan oleh kajian.
p/s: Harap dapat memanfaatkannya

1 Citizen Program ^_^
 |
| Click on the logo above to go to the 1CITIZEN website |
| Program Objectives |
 | To develop a sense of 'keNegaraan', collaboration, responsibility and ownership to the communities during their online digital experience |
 | To 'infuse' positive messages among Youth |
 | To encourage youth volunteerism and activism |
 | To integrate a Malaysia-owned Globally Benchmarked and Standards for digital literacy Certification
p/s: This post is about 1 citizen.. Do read and support please!!  |
|
Copyright ©. Code thanks to OhMissLinda.